Konten-konten yang disajikan pada saluran televisyen pada saban hari mungkin akan berulang. Maka, wujudlah inovasi Android Box yang membolehkan anda mengakses sejumlah akses hiburan tanpa had dengan menggunakan internet pada televisyen. Kini anda juga berpeluang mendapatkan Android Box TV berbaloi di Shopee sahaja.

Malah, kehadiran Android Box juga menjadi salah satu alternatif menukar televisyen biasa menjadi lebih pintar bak Smart TV yang kita sedia maklum jauh lebih mahal harganya. Oleh itu, mari kita lihat antara pilihan Android Box TV berbaloi dan berkualiti yang sedia ditawarkan menerusi Shopee.

1. TX3 Mini Android TV

android box tv termurah
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh dapatkan sebuah Android Box yang serba boleh pada harga berpatutan. Model ini hadir dengan saiz yang kompak serta dilengkapi dengan cip berkuasa tinggi yang boleh menjalankan permainan, perisian atau aplikasi dengan baik. Terdapat pelbagai pilihan storan dan memori yang ditawarkan untuk memuatkan sejumlah aplikasi.

Terdapat juga slot kad sd untuk penambang ruangan bagi menampung lebih banyak aplikasi menerusinya. Menariknya, ia masih menawarkan paparan video yang beresolusi 4K yang kaya dengan warna serta visual yang jelas. Malah, penggunaan teknologi terkini membolehkan model ini beroperasi dengan lebih efisien serta penghasilan imej yang baik.

Jika anda berminat dengan TX3 Mini Android TV ini, kini boleh didapatkan pada harga serendah RM90 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang TX3 Mini Android TV

2. H96 Max TV Android Box

android box tv termurah
Sumber Gambar: Shopee

H96 Max ini hadir dengan pilihan memori setinggi 4GB RAM dan storan dalaman 64GB ROM yang sudah pasti boleh menjalankan sebarang aplikasi dengan lancar serta penyimpanan konten yang lebih banyak. Rekaannya bersama alat kawalan yang disediakan sangat minimalist dan elegan .

Di samping itu, terdapat sokongan paparan video beresolusi 4K dan menariknya terdapat pembantu maya Google yang boleh menerima arahan menerusi suara anda sahaja. Anda boleh mengakses pelbagai aplikasi terkemuka seperti Youtube, Netflix, Skype Facebook dan sebagainya.

Android box bersama sokongan pembantu maya ini sedia ditawarkan pada harga RM125 sahaja di Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang H96 Max TV Android Box

3. Q Plus Smart TV 

android box tv termurah
Sumber Gambar: Shopee

Spesifikasi yang ditawarkan pada model ini juga tidak kurang hebatnya yang mana terdapat sokongan paparan konten setinggi 6K untuk pengalaman tontonan yang lebih baik. Q PLUS juga hadir dengan pilihan memori 4GB RAM serta storan dalaman 64GB ROM bersama Android 9.0 yang boleh menjalankan sebarang konten dengan baik.

Rekaan yang kompak dengan tambahan warna lampu RGB padanya membuatkan ia tampak premium dan unik. Selain itu, anda juga boleh memuat turun pelbagai aplikasi  daripada gedung Google dengan mudah kerana terdapat sokongan sambungan WiFI yang pantas.

Sekiranya anda ingin dapatkan sebuah Android Box yang tampak premium serta mudah dibawa, kini Q Plus Smart TV sedia ditawarkan pada harga RM145 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Q Plus Smart TV

4. Xiaomi Mi TV Box S

Sumber Gambar: Shopee

Xiaomi juga tidak ketinggalan untuk turut menawarkan sebuah Android Box yang berkualiti tinggi buat pengguna di luar sana. Bercirikan sistem operasi terbaru Android berserta penaik tarafan Bluetooth dan Chromecast Ultra yang bakal menjanjikan sebarang siaran atau konten dengan kualiti streaming yang lebih baik.

Rekaan yang minimalist dan kecil sekaligus boleh memuatkan pada ruangan kecil dengan mudah. Malahan, anda juga boleh menggunakan dengan mudah kerana langkah tetapan yang cukup ringkas serta mudah difahami semua orang. Hadir juga bersama sokongan 4K resolusi yang dipadankan bersama sistem audio Dolby Atmos untuk pengalaman tontonan yang mengagumkan.

Jika anda berminat dengan Android Box keluaran Xiaomi ini, kini sedia ditawarkan pada harga RM229 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi TV Box S

5. X92 TV Amlogic

Sumber Gambar: Shopee

Ini juga merupakan sebuah Android Box yang cukup menarik dimiliki oleh semua orang dengan tersedia sokongan perbualan dalam talian termasuklah melalui Skype, Facebook dan Twitter. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan aplikasi yang boleh dimuat turun percuma di pasaran aplikasi serta menyokong fungsi melayari e-mel dan OfficeSuite.

Model ini turut menyokong penggunaan papan kekunci dan tetikus secara wireless selain membenarkan menonton video dalam talian dengan sokongan pada Netflix, Hulu, Youtube Hulu dan lain-laing lagi. Difahamkan model ini juga bakal menjanjikan pengalaman tontonan yang baik walaupun mempunyai sambungan internet yang agak perlahan.

Jika anda merasai model ini sedia memenuhi keperluan seharian anda, model Android Box ini boleh didapatkan pada harga RM249 melalui Shopee.

Beli Sekarang X92 TV Amlogic

6. Smart Long Loieu TV Box

Sumber Gambar: Shopee

Ini merupakan model termahal yang terdapat dalam senarai yang mana disebabkan oleh pelbagai ciri menarik yang sedia dinikmati oleh pengguna. Model ini sedia didatangkan dengan sokongan paparan resolusi sehingga 6K dan juga bersama sistem audio Dolby Atmos dan DTS Surround yang cukup terkenal dengan penghasilan bunyi yang imersif padanya.

Menariknya, sejumlah aplikasi terkenal yang sering digunakan umum juga sudah siap sedia terpasang. Anda juga boleh memuat turun sebarang aplikasi pihak ketiga yang diingini dengan mudah. Terdapat juga permainan yang tersedia yang boleh dimainkan pada televisyen tersebut.

Smart Long Loieu TV Box ini sedia hadir dengan penawaran harga sekitar RM399 mnerusi Shopee.

Beli Sekarang Smart Long Loieu TV Box

Berdasarkan kesemua Android Box yang disenaraikan di atas, Xiaomi Mi TV Box S sangat berbaloi didapatkan kerana pelbagai ciri menarik yang ditawarkan menerusinya seperti sokongan pembantu maya, paparan kualiti 4K dan sebagainya. Malah, majoriti respon daripada pelanggan juga berpuas hati dengan produk berkenaan.

Diharapkan dengan senarai di atas boleh memudahkan anda membuat pemilihan Android Box TV berbaloi yang bersesuaian mengikut bajet masing-masing. Setiap produk yang dinyatakan mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh memenuhi keperluan hiburan seperti yang anda inginkan.

Buat anda yang mahukan produk media streaming yang menyokong AirPlay, boleh klik pada pautan di bawah untuk melihat lebih terperinci.

5 Media Streaming Mampu Milik Yang Sedia Menawarkan Sokongan AirPlay

6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja

Sumber